Too Much Curse and Crap

Prepare your eye-drops, you may need it...

 
Blog RATING

Go and Die~

Ads TV?

Make your crap

"The Rempits"

Total hobos was here

Disclaimer

The information contained in this website is for entertainment purposes only. The information is provided by the author make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will the author be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website you are able to link to other websites which are not under the control of the author. The author have no control over the nature, content and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, the author takes no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.

Gegar la sangat~
Friday, October 27, 2006
Pernah tak rasa kau cukup semangat nak melepak sampai walau jauh cemaner pun...nak gak turun...haaa...tu la aku rasa semalam...balik keja, siap mandi2 get ready nak kuar ni....mendung...ah tak hujan nyer lah...tadi ptg dah hujan...sebelum gerak tu...tunggu maghrib dulu...lepas buat pahala...kan cun tuh...takde teruk sangat bila buat onar...timbang tara la...amaran jangan follow cara aku...ini tempah tiket nak masuk neraka, ade ke fikir camtuh...ni siap halo kawan2 ni...berkumpul...kita gegar ampang~!

Sesudah aku beribadat...siap siap dah ni nak gerak...member aku balik...dia kata hujan renyai~aku dah tarik muka...hmm...hmm...tapi agaknya dia nak sedapkan hati aku pantas dia cakap "konfem sempat kalau lepas jelutong" (kalau lu baca ni wahai sahabat, babi lu~!)... 2 saat aku fikir...aku pun boh la kuar..."PREEEEEEEEEEEEEEEENG~!" tak jauh sikit dah hujan....ok tu...ok tu...aku rempit...tak de hal setakat renyai ni...pejam sebelah mata la....sampai NKVE damansara....lebat...nasib sempat singgah petronas...tak basah...maka duduk la aku menunggu hujan berhenti...aku kuar umah 7.45, sampai petronas kul 8.15pm...tgk jam skang dah pukul 9pm...dah renyai2 balik...tak sampai 10 minit renyai dengan harapan menggunung supaya hujan berhenti, lebat balik.....AHHHHHHH....Bangsat la~! ni ade mengundang murka sebab hujan adalah rahmat....semalam aku dah terbakar....jiwa dan raga...

aku kalau dah takde menda nak buat...inilah saat nak tgk bil maxis aku melambung...aku call la saper2 yang patut, main sms dengan mana2 yang patut...saat ni la aku sedar...berterima kasih aku pada teknologi bernama telefon bimbit...macam mana agaknya aku dalam situasi yang sama tapi 15 tahun yg lalu...eh...bodohnya rasa...walaupun macam mana pun...aku tetap takkan berterima kasih dengan ciptaan teknologi maxis Friend Finder...budoh~! budoh~! #!%^$#%~!#@!!!!!! punya servis...kerana menatang bongok ni la rumah tangga aku selalu panas dan hampir retak...nasib baik aku ni terer ayat manis...kalau melayang tumit kasut cacak atas dahi aku...

tgk jam...pukul 10pm dah~ hujan lebat lagi...maknanya...selama sejam lebih aku hanya melepak kat petronas tgk org macam buruh indon...eyyy...ape punya nasib...aku cancel je niat aku nak turun ampang...gegar la sangat~rasa bangang ade la...alang2 dah lewat, aku redah hujan patah balik umah...kuyup tu....sampai umah, member aku sambut dengan cakap "so cemaner lepak ampang?" soalan yang menggetar jiwa, pilu betul aku rasa...moral aku belajar semalam...len kali jangan asik marah je...hujan tu rahmat...kalau tak, mana jerebu nak hilang...ade la hikmah duduk kat petronas tu and aku tak dapat turun ampang...
Crapped by kraken @ 3:44 PM   0 comments
kematangan mentaliti kau, aku, dan mereka
Thursday, October 26, 2006
ungkapan matang ni selalu disebut2 kalau kaum adam ngan kaum hawa berhujah...ah tak kira la dalam kes cinta ke, duduk borak saje2 ke...cakap memang bertubi2, kalau joyah sport dengar pun kata ampun cik puan atau ampun tuan...perghh...memang gila lah dengar, kalau aku budak tadikan 5 tahun dengar pun dah tentu aku pilih nyot nyot air kotak susu dari dengar ape yang sedang diperkatakan...umur selalu kena relate dengan kematangan walaupun umur tak bersalah pun dalam isu ni...sesetengah individu sangat cepat memberi konklusi bahawasanya kau tidak matang...

pertamanya la...aku nak tahu...ape maksud matang pada diri kau? oh...seseorang berperilaku atau berfikiran seperti org yg lebih tua? ekkkk~! salah~! jawapannya salah sama sekali...jawapan yang subjektif adalah matang itu sendiri adalah subjektif kepada individu dan perspektif ianya dikaitkan...ternyata rata2 budak2 yang masuk Universiti ataupun dah keluar Universiti masih menggunakan tanggapan yang sama terhadap matang...seseorang yang berperilaku atau berfikir macam org tua...aku cakap terang2 je la...kalau aku terima statement macam ni, aku diam je, dan aku takkan bercakap ape2...sebab ape? walaupun diberikan hujah bernas sekalipun...belum tentu dia faham konsep berfikir secara luar biasa atau melihat dari perspektif lebih luas...jap...sedangkan nak fikir dari lebih 4 perspektif pun belum tentu faham macam mana nak buat...

kebiasaan, kalau org gelak berdekah2 dan tak suka bercakap pasal hal intelek, tak semestinya dia tidak matang...aku cukup tak paham kenapa org macam ni di cap begitu dengan cepatnya...bagi aku, org berlawak bodoh itu ade caranya tersendiri, harus diperhalusi perkataan yang digunakan untuk mengetahui sama ada dia memang berlawak saje2 bodo, ataupun perli kuat...tapi, walaupun dia macam badut, tapi pada persekitaran atau situasi ataupun hal tertentu, manusia ni akan serta berubah dpd si bodoh, kepada bijak pandai...aku tak terkejut kalau perempuan pandang rendah pada org spesis ini...sebab bagi diorang perkiraan org tak penting mana pun...sebab dia tahu ape dia boleh buat, dan ape dia tak boleh...dalam erti kata lain realistik...dpd jadi cerdik pandai awalan tapi akhirnya...sungkur...tak ke bangang? itu namanya memalukan diri sendiri...tak sedar pada kemampuan diri...so...dari contoh bangang aku berikan, sape tampak lebih matang dan bijak, dan saper badut yang bodoh?

erm...sudah celik dengan betapa subjektifnya matang ni? walaupun kau tak paham...aku tak peduli, aku nak kupas pulak pasal "thinking out of the box"...benda yang paling susah nak buat sebenarnya...sebab klasifikasi buah pandangan itu takde standard pun untuk nilai sama ada buah pandangan dia tuh itu bernas...sebab...si bodoh mungkin dengar untuk pertama kali dengan memberi respon "idea yang bagus tuh" walaupun dalam realiti, idea tu tak di saring dengan realiti faktor2 tertentu...membawa kebarangkalian, tak logik langsung sebenarnya. dalam kes ni, mari kita kaji seperkara yang mungkin menunggang langgang kan kefahaman intelek seseorang individu.

realiti, kewujudan, dan sahihnya kejadian dalam asas sains ialah ianya boleh di lihat, dirasa, dan sebagainya dalam bentuk interpretation fizikal...tapi kalau org tu buta, maka objek tuh wujud ke tak? kalau org cacat deria rasanya? maka objek tu tak sahih la kejadiannya?...kesian betul kalau si buta tu tuli dengan hanya percaya hukum kewujudan dengan berlandaskan sains sebab kalau dia ade bini atau kekasih, maka dia rasa anggap pasangannya tuh tu cuma fantasi mainan jiwa dan minda yang tidak boleh dia disahkan dengan hukum sains...dalam perenggan ini, aku nak tanya sama ada contoh idea atau teori yang aku cakap ni boleh diambil kira "thinking out of the box" tak? ye? walau ape pun tanggapan korang pun tak penting sebenarnya, aku nak bertanya kembali, kau betul2 "thinking out the box" atau actually "thinking out of the box is only inside you?"...sama juga konsep dia macam kau dalam satu ruang bilik, tak kira bilik ape pun, jamban ke, dewan ke, atau ape2 ruang pun lah tu diterjemah oleh mata lalu otak respon memberi 1 gambaran ruang bilik...jadi kat sini aku nak cakap, ruang tu yang ditafsirkan mata dan otak tu sebenarnya kau dalam bilik tu ke atau bilik tu dalam kepala kau?






jadi...point aku kat sini, jangan bengkok kan kepala dengan fikir dengan ape yang telah aku cakap...sebab, perilaku matang dan berfikiran luas bukan bersandar daya intelektual org tuh..sebab benda tu semua subjektif kerana manusia tu sumer tak sama perangainya dan cara dia berfikir...tuhan hembuskan nyawa kepada kau untuk melakukan sesuatu yang kau sendiri kena fikir sendiri...jadi, jangan cap org sebarangan kerana kau tak tahu tujuan tuhan bagi dia nyawa.
Crapped by kraken @ 4:03 PM   0 comments
kelucahan tak disedari...
Lucah...takde perkataan sinonim lain yg boleh dicari untuk menggantikan perkataan ni...ade saper2 tahu sinonimnya? maknanya yang tepat...kecabulan...itu je la paling kuat...eh...aku bukan nak jadi dewan pustaka kat sini...aku nak nak cerita je...pegi mampus lah ape pun sinonim dia...raya tahun ni...macam jugak tahun2 lepas...aku tak melepas kan peluang untuk ziarah member2 aku yg berabad tak jumpa...langsaikan hutang ngeteh. Tapi plan memang cantik...last last sumer lebur kat atas katil...aku tak amik cuti panjang pun...mungkin takde sebab...saje je tak amik cuti...padahal bolehnya...

cuba terjah balik memori lampi korang yang bersawang tuh...dalam jangka masa korang buat onar kat atas dunia ni...berapa kali korang nampak kelucahan yg berlaku...bukan maksud aku lucah dalam erti kata bukan mengongkek dalam semak...comolot kat taman...itu sumer kira "gone case"...maksud aku...membuat sesuatu yang tak ber-cover yang melibat tabiat buruk. Ini mengingatkan aku semula kepada semua kecabulan perbuatan tabii yang kurang senonoh...ape lagi org yang nengok...berurat kepala, meleleh air mata, berdenyut jiwa...

*start dr sini, aku diganggu dengan panggilan meeting*

so...komposisi bahasa bercerita dan emosi aku untuk mengarang mungkin lari...dalam jangka hayat aku...memang banyak tengok kecabulan...tak kisah laki ke pompuan...tapi laki la yang paling tak malu...aku dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementing kesopanan, kalau nak kentut pun...discrete lah sikit, kalau among close family, kalau nak hentam, hentam lah...kalau dah kahwin tuh...belakang cerita, nak buat pertandingan kentut ngan bini pun takde hal...ini kes bukan pasal kentut anyway...pasal mengecapi kenikmatan abnormal...menggaru konek...inilah tabii paling buruk...beberapa bulan lepas...ade 1 indian fella buat kat public, nak pulak tempat memang tempat lalu lalang...memang cabul...

buruk rupanya...memang buruk...semalam aku dikejutkan dengan benda yang sama...tabii menggaru konek...hishh...kalau curi2 buat mungkin kita buat tak port...ini kalau dah sampai member tegur, bole buat justification "untuk mengecapi kenikmatan, kenapa pulak aku nak kena garu luar...garu dalam lagi puas"...kalau 5 saat kau pun nak beku mata...inikan pula seminit...beku jiwa dan raga diselubungi malu...walaupun ianya sangat nikmat dan mengasyikan...silalah ke tempat yang bersesuaian...tandas bukan takde...teknik cover2 pun ade...ape susah sangat ke nak cover? ini boleh mendatang keluhan dari kawan2...jadi...bersama2 kita membenteras gejala tidak sopan ini...majulah melayu untuk semua...
Crapped by kraken @ 4:02 PM   0 comments
Politik berkawan...
Monday, October 23, 2006
Sejak start cuti raya ni...aku sangat sibuk...sibuk...dan sibuk...bukan sibuk prepare nak raya...bagi aku beraya ni sama je...setengah org, sibuk nak shopping...semua pun nak baru...aku setakat buat baju melayu...itupun sebab yang lama tak boleh pakai...kalau tidak mampus aku nak pergi jumpa tailor...aku sibuk jumpa kawan2 lama aku...tak berhenti2 phone bunyi ajak aku melepak...macam aku ni baru balik dari luar negara...ye lah...dalam tak sedar bukan kawan aku yang sibuk...aku yang sibuk memanjang, jadi cuti je aku free and baru kawan aku dapat jumpa aku...walaupun jiwa dan faktor fizikal aku yang malas...aku lawan jugak...jumpa member atas sebab lama tak gelak dan mengutuk ape saje yg menangkap pandangan...

aku membuka tirai berpoya dengan berjumpa dengan geng ampang aku...diorang kawan sekolah aku dulu...buat jahat sama, kena gantung sekolah pun sama2...ye...akulah seorang pelajar cemerlang yang 3 kali kena sekolah...eh? takde pun jadi sampah masyarakat...siap berkhidmat dan memberi sumbangan kepada ekonomi negara lagi...lately ni memang selalu hujan...aku lebih berminat merempit dpd memandu kereta...saper kata aku takde kereta...aku ade kereta, cuma aku sangat la malas bawak kereta...parking, minyak...bukannya murah...sumer pakai duit tuh...start enjin keta dah 50 posen melayang...belum lagi "ukur jalan 100km"...KLCC menjadi sasaran...kawan nak shopping la kononnya...cit pigidah~! sehabuk dan sekuman pun tak beli...last last...rokok je beli, tu pun pasal dah abis...

KLCC lagi...kali ni lepak dengan member n so called skandal aku la...kat starbuck...huha huha huha sikit...gerak pegi umah member aku lagi...kat titiwangsa...perghh...ini bukan rumah bang...ini istana...bapak besar...sedangkan kita tgk banglow kat bukit antarabangsa or bangsar or damansara kita dah kata kaya...ini depan umah dia boleh buat padang bola....uuuu...kereta baru? 350Z?? saper punya...seraya member aku membalas "abg aku belikan untuk bini dia" inilah hakikat kalau dah banyak duit tapi tak tahu nak buat ape dengan duit tuh...aku pun nak gak dalam situasi macam...tapi jangan berangan lah...hakikat kau bukannya tergolong dalam super elit...updating each other story tu macam biasa lah...selit jugak sesi membuka pekung sendiri...lancau...

dalam fenomena berkawan, menjadi lumrah permasalahan dan perselisihan...antara celik tak celik je nak antara betul atau salah...kalau betul, betullah...kalau salah...salahlah....lebih banyak kau tahu pasal kawan kau...lebih masalah lah kepada kau sendiri...ape sajer permasalahan dia akan bertempias kena kau....itu lumrah berkawan...kalau tidak, jangan berkawan...duduk umah diam diam....jadi kera malas makan pisang sampai boyot perut...aku memang ramai kawan...dari kawasan A ke kawasan Z...dari miskin sampai kaya...ternyata setiap tingkat taraf kawan kau, berlainan cara, politik dan situasi kau kena hadapi...aku ni? versatile...sumer tingkat aku panjat...cuma tinggal tak panjat pompuan je lagi...

kawan2 memang suka mengadu, berkongsi dan minta pendapat dari kita untuk menentukan keputusan ataupun sajer cari alasan nak bahan org....tapi awas~gerak langkahmu...silap konfem kecundang...aku memang banyak dengar masalah kawan...sampai jadi database rahsia kawan2...ingat best ke tahu cerita member2 ni...bikin sakit kepala je sebenarnya...tapi sebab kawan...kita dengar niat nak tolong...ok lah tuh...dalam akidah islam pun...kalau kita org pertama yg menjadi saksi keadaan jatuh hukum wajib tolong dan seterusnya. Ada juga terpaksa langgar undang2 negara, hukum hakam serta logik betul dan salah semata2 nak tolong kawan...agak bodoh,...tapi itu la dia realiti berkawan...nama pun kawan...tak tolong kata jahat, bila tolong kita pulak kena tutoh sebab tersilap...bahalol...dah seribu rahmat org nak tolong...kalau kau mampus tergelebak sorang2...padan muka...

walaupun apepun...aku tetap seronok berkawan...itu la dia perencah ala sweet n sour hidup...bukan dunia berpusing keliling kau...kau tuh berlari keliling dunia...takde saper nak cari n bagi kau benda free...cari dan usaha sendiri...itupun nak bagitahu ke? bongok...fikir guna kepala otak la...akal ade, guna la...tak guna, baik lagi jadi binatang...eh binatang pun guna otak la...baik jadi pokok...lagi bagus...jadi pokok lagi bagus, tak buat onar kat dunia...hari2 pun berzikir kepada tuhan...

moral: the less u know, the less trouble u'll get...motherfucker...aku tak minta tahu...saper suruh kau gatal bagitahu...

selamat hari raya, minta maaf zahir dan batin, lepas raya aku buat lagi...HAHAHAHAHA...
Crapped by kraken @ 12:51 AM   0 comments
Buat bodo....karut kaw kaw punya
Thursday, October 19, 2006

Memang Karut Gila


Lately aku banyak lagi melepak dengan kawan dari membaca buku atau at least buat kertas kerja...diberi peratusan, 20% buat kerja(maybe kurang), 80% membuang masa bersama rakan2...itu la kerja aku tiap tiap malam...melepak tak nak kalah, sampai santak malam...bila kawan "A" nak blah perli beramai, "Malam masih muda, bujang...bukan ade bini kat umah nak kongkek pun" duduk balik si "A"....begitu lah seterusnya sampai turn aku...ayat kelas C macam ni nak lempar kan kat aku...tak ikut kasta betul...ini kraken lah..."fikir dulu sebelum buang"... :p...respon aku senang aje "korang ni takde tanggungjawab ke, korang nak dok sini lama2 korang punya suka lah...aku kena kerja untuk sesuap nasi...korang bley la duk sini lelama goyang konek sebab duit MBF banyak". Bab membakar jiwa semangat kawan aku lah no.1....hahahahaha...sorry ye kengkawan sumer...ambe bergura je...doksoh ler amik hati...semula deh~

ape2 pun...semalam aku macam dapat balik sebelah balik otak aku yg dah cair...dalam bulan ni aku memang takde life(ayat menagih simpati)...kerja dan belajar(tak tele langsung dengan perenggan atas)...itu je aku tahu...sesungguhnya, ini adalah pengorbanan untuk memajukan diri...ptuiih...aku macam tak percaya aku karang ayat tadi...wey...jangan pandang org takde mata la...nampak je aku merempit...aku ni gi keja segak dan kacak....semalam aku attend oral test bahasa mandarin...ye...aku boleh bertutur secara beginner dalam mandarin...test semalam 50% aku berpuas hati...cis...semua berjalan lancar bila aku bercerita tentang aku...terkumat kamit mulut aku macam baca mentera, tak cukup tuh...buat hujan lagi pulak tuh...perghh...perfect~!...tiba time dia tanya soalan berdasarkan appendix yg dia bagi...majal....majal.....majal aku~! dia tanya masa, aku jawab hari...dia tanya kat mana, aku jawab tingkat berapa...sumer salah...cuma sikit2 je betul...tgk kertas pemarkahan...alamak...sayunya figure...

ini lah masa mengumpulkan bala tentera dan bergembira...ye macam biasa, belum sempat aku call org tersebut, org tersebut call aku dulu...ayat pertama aku dapat "wey bodo, mana mu? semalang aku nok tubek umoh doh...dang dang cancel pulok, menatang mu...ni aku kat kandang, mari sini...zeff pung ade" TUUUT...TUUUUT....TUUUT...dia terus letak telefon...wah...aku tak sempat cakap ok....konfiden aku turun...memang aku turun pun...aku turun jumpa pulak tempik jr. dia ajak melepak...dengan cun aku melepak...dah makin ramai table aku nih...tapi malam semalam tak seperti malam2 lain...

Malam semalam memang beza...ini lah malam, malam "itu"...malam di mana aku tak cakap banyak dan hanya duduk diam sengih...aku ni memang ade cycle melawak...bila dah melawak gila2...salah satu malam dalam sebulan mesti aku jadi bodo...walau macam mana aku cuba melawak...takde feel langsung...bodoh....aku benci malam "itu"...tapi takpe...kawan2 mencurah2 dtg...lepas sorang2...lepas tu plak...dapat 1 call lagi...si anak malek...1 lagi kawan yang di import dari sg. buloh untuk merapu...senang cerita memang ramai la semalam...takkan nak cerita sorang2 kot...alah...bongok la...tapi terima kasih kat si anak malek ni...dia sanggup layan mengada aku nak McD...hahaha...tapi layan jugak ye happy meal cheese burger...muahahaha...dapat menan...menan bagi kat anak malek sebab dia suka menan comel comel...katanya nak letak kat atas pc opis dia...anak malek bawak keta laju...walaupun tak padan kenit dia dan keta dia...dia buat macam bawak keta evo...berdecit decit tayar masa brek, kadang tu time buat corner....gila....tapi asalkan dia tahu ape dia buat...takkan ku gundah...

benda yang tak di duga memang datang melintas tak diundang...kadang2 dia main cuit cuit walaupun kita tak suka pun kena cuit...benda macam ni...secara tidak langsung je dtg...walau macam mana kita nak mengelak...tapi aura dia dah belit kita, benda2 macam ni aku kata bagi pembuka kata "babi lah~!"...boleh tak jangan dtg cari aku...
Crapped by kraken @ 8:45 AM   0 comments
Bongkak rasanya~!
Tuesday, October 17, 2006



Hah~! Skang baru lah aku boleh mendabik dada ku yg sekeping...bila aku atas jalan...sumer rempit pikir 10 kali nak potong aku...masa aku isi minyak...aku perasan rakan seperjuangan rempit mengkagumi moto aku. Kat KL ni...boleh kira ngan tasbih je tau berapa ramai pakai Ninja Super KIPS...miahahahahah....aku ni dah riak dan takbur...dapat moto baru, kasut kesayangan aku koyak...puma...oh puma...tapak nipis tuh~! mahal tuh~! aku beli kasut masa 1st kasut tapak nipis diperkenalkan...(ala2 gaya driving shoes)...time aku rabak poket...tapak kasut nak ikut sama rabak...hidup aku ni penuh dengan melodi dan sekata dalam bab menjatuhkan aku ni...

tapi hari walaupun cuaca tak segembira dan mencemburui aku...aku tetap senang hati...masa aku ambil moto, dalam perjalanan pulang...hujan...lencun aku...takpe...aku bersama KIPS ku...tetap happy. Walaupun duit aku sumer lebur ke moto, dan takde duit untuk shopping raya...aku tetap happy...sebab aku bukannya beraya sangat pun...bagi aku raya its not all about shopping anyway...so aku pakai baju mana2 yg masih boleh di pakai...shopping...bebila boleh...aku dah shopping gak pe...ni moto aku beli ni...shopping gak...hahahahaha~!
Crapped by kraken @ 3:27 PM   0 comments
Kejutan dari encik sakit...
Saturday, October 14, 2006
Sambil tenung luar tingkap...aku mencari ketenangan jiwa dan mental



Bagus...aku dah sihat...jadi aku boleh menjalan aktiviti tak berfaedah aku semula...2 hari lepas...malam jumaat...macam biasa...aku bangsa tido awal..ms. cinderella pun meraung kalau dapat tahu dengan betapa awalnya aku tido kebiasaannya. Tapi nak tutup mata, susah nak mampus...golek sana, golek sini, peluk sana...peluk sini...masih gak tak hanyut...housemate bangsa tak reti tido awal, tak reti jugak nak diam2...memekak aje selagi suara masih ade...kepala aku dah start sakit sejak balik melepak...meleleh pulak hingus...lutut dah sakit2...buku lali dah sakit jugak...gusi pun nak ikut sama sakit...ini memang melampau...kalau sumer body parts nak sakit...teruk la aku...semalaman aku tak tido...

Haih, nak buat macam mana...MC la gamaknya dr kerja...ape2 pun...walaupun dah pukul 8 pagi keesokan harinya...mata aku tetap celik...kepala masih berdenyut...haih, aku hari memang berdoa kalau ade yg mencari pasal dengan aku...kalau tidak, takde alasan nak main pukul2...ah cibailah~!...solution dia? senang aje...aku tipon member aku dr klang... "Beb, lu tido ke? aku turun sana nak tgk moto..." "As always bro, dtg je la aku free". Makanya dengan pantas aku bersiap, pakai helmet, pakai jacket...start moto... "CBEH CBEH CBEH" Hissssss~! bencinya aku dengan paluan eksoz moto aku,...macam pondan...tak macho langsung~!

Kat klang...aku usha moto member aku...KR-150, hmmm menawan, menarik...dan dah tentu sekali macho yg bakal menangkap hati dan jiwa bohsia dan minah rempit...hahahaha...aku singgah kedai moto... "Taukeh~! Brapa lu mau angkat ini moto" tanpa segan silu aku menuding ke arah moto buruk ku...si apek tu pun check la kondisi bagai...Dua Libu... "Haiya apek...murahnya kau nak angkat, kasi up sikit la" "Tak boleh...moto lu bukannya superbike" Babi la....bentak hati kecilku...mentang2 aku pakai kapcai...dia perli pulak aku...well takpe...masa tu jugak aku cakap ngan apek tuh aku nak trade in moto aku dengan KR-150...ye...aku ulangi...aku trade in moto aku BURUK aku tuh...aku tambah lagi certain amount...dah...setel...sekarang dah beli moto baru...tinggal nak gi amik je...hahahahaha....Ini baru la class~! takde la malu aku nak bawak moto atas h'way...

kenapa aku cakap malu dan benci pakai kapcai? sebab dia lembik, tak garang, macam haram jadah...yg bagus cuma save minyak je...dan alasan paling utama sekali kenapa aku benci kapcai...sebab perempuan jugak lah! kalau korang ingat filem KL Menjerit, korang mesti ingat 1 babak di mana saiful apek memecut laju motonya and dengan tak disangka dipecut pulak oleh benggali naik honda cup dengan steady sambil memandang dengan penuh lekeh...itu lah terjadi pada aku tapi bukan benggali, tapi awek cun....aku dah perah moto aku sampai serat...serat beb~! tapi awek tu...dia bawak wave125, dia pecut aku...siap pandang dan senyum kambing dia lemparkan...aku dapat merasakan pandangan tu menjerit "MAKAN ASAP LA WEY" terasa macam kena hempap kat dada...sayu rasa...malu pun ade...

sejak hari tu...aku bernekad nak beli moto baru...
Crapped by kraken @ 4:34 PM   2 comments
2 lelaki keparat, seorang perempuan dan kedai kopi
Thursday, October 12, 2006
Semalam takde la banyak benda aku buat...selain daripada makan gaji buta aku merempit sana sini...aku teringat masa aku usulkan nak pinjam duit kat bapak aku nak beli moto baru, dengan penuh tenang je bapak aku reject usul dan memberi komen "Anak ayah ni nak jadi penunggang no. 1 ke di kalangan street racer??"

berdenyut kepala aku...heh... "takdelah ayah...mana ade buat kerja tak berfaedah" wey! betullah...mana aku ade racing...paling kuat gi tengok je. Well anyway, selepas kelas malam aku yang aku dah berdenyut kali dua menjawab soalan soalan cina...ye kelas malam bahasa mandarin...aku sendiri pun tak sure ape aku dengar...so aku hentak je la mana rasa2 sedap hati aku kat atas kerja jawapan. Aku pun penuh dengan tak malu telefon member bilik aku...dia tak jawab...aku lagi tak puas hati...aku call la awek dia pulak...hahahahah....mana lagi mat bunga tu nak jenguk...awek dia la...truuut...truuut...(aaaa ade jawapan dibenak fikiran aku) "HELLO~"....."Ey mana balak kau...??"...."Dia sembahyang~".... nak gugur jantung aku dengar...member aku sembahyang?!! Well...patut pun kan...bulan ramadhan ni, tak reti2 ke nak top up pahala yg dah negatif tuh...

senang cerita aku lapar...jadi member aku ni dan aweknya nak gi makan...so aku buat la muka tak malu tumpang sekaki...konsepnya sama dengan You, me and dupree, aku la si dupree dlm sketsa realiti ni...so pendek cerita mereka menerima kehadiran aku dengan redha...pergilah kami bertiga ke tempat bernama kedai kopi. Kat sini la memori kembali, kat sini lah jugak tempat aku bercerita pasal "main" dengan member perempuan dengan menganalogi kan "main" dengan perniagaan...aku ade tabii yang perempuan sendiri mungkin angkat kening kehairanan...aku sangat suka bercakap tak berhenti...dan aku akan bercakap sepanjang malam selagi mata tak kuyu, badan tak penat...

jadi ape yg telah terjadi?! ye si dupree telah bercerita sehingga si hero yg kacak tu kelihatan seperti penyu...diam je...bulat mata member(sambil dia bagi sign "fuck you!") kerana kata2 aku mencurah macam air terjun...tak terkawal...kecuali ade empangan la...si heroin pulak naik syok sebab salah satu peluang dia nak tahu rahsia kawan aku...kedebuk kedebak...mendapat aku title paling famous "weh kau ni, lelaki jahat, tak cukup itu aje, asshole" aku sengih bodo je la...tapi dalam tak sedar...selama aku berkawan...kat meja tu...aku lah selalu jadi anchor...berborak...berlawak...bila aku fikir balik...kenapa aku jadi anchor dan badut bodoh...bagilah org lain plak...asik member2 je yg asik jaga rank depan awek...and the end aku jugak nampak bodoh dan tak berawek...pantat la wey~! oh maaf bahasa melayu kurang baik hari ni...

Azam jangka pendek...kurangkan bercakap...jangan jadi anchor, badut...jadilah lelaki macho dan digilai wanita metro...DALAM MIMPI lah wey~!
Crapped by kraken @ 9:09 AM   0 comments
Berbuka cara pak arab
Wednesday, October 11, 2006
Aku kalau dah bosan dan nak sesuatu kelainan dalam hidup aku, mesti tarik kawan2 terlibat dan akhirnya terjebak...walaupun bunyinya agak kejam, ape ade hal pun, yang tergelak bahak2 diorang jugak sebab aku asik tak putus buat lawak...ok semalam aku berbuka puasa kat Restoran Al-Rawsha. Arabic cuisine....recommended oleh kawan aku maman...4 org la dalam group. Sampai2 and duduk, wah, menarik jugak untuk dijadikan pot melepak tak tentu hala...at least takde melepak kat tempat mengarut cam taman KLCC...ape la dalam kepala otak remaja zaman sekarang...aku cukup tak layan melepak kat taman...

nasib baik semalam tak ramai org, so buffet RM25 sekepala tak rugi...aku amik nasi beriyani, roti arab tuh...aku tak tahu nama dia...sayur, buah, daging, ayam...segala ape yg diorang hidang aku letak atas pinggan. Waktu berbuka sampai...aku jamah...wah...memang kick la beb makanan dia...bagi aku, 2 thumbs up from me for total evaluation, dr makanan dia sampai environment dia. Tak sudah kat situ aje...member aku pesan pulak shisha...oleh kerana most of us ni dalam alam "money is not an issue" so bagai saitan tak terikat...bedal pulak teh arab sampai 6 cawan sorang...tak renti pulak ngisap shisha...tapi bagus gak, bayar sekali je, dia tukar arang batu tu sampai 6 kali...kalau ikut kebiasaan tu mau 3 kali bayar tuh~! gila aku member sedut sampai batuk2...tak leh nak cakap ape la kan...masing2 macam dah lama tak isap shiha...

tambah lagi teh arab tu, bagus, perut tgh sebu, terus hilang sebu....hilang pahala puasa korang jugak...mana tidaknya...kanchik2, merchik2 dan serta milf2 sekalian menarik, dah jamah makanan, jamah pulak body org dengan mata...silap2 ade 100 pahala kebaikan terus cantas -100 pulak sebab bukannya nak jaga mata...tak boleh salahkan kami org muda, org memberi kita merasa...jadi mata neraka sekali sekala, bukannya aku menyusahkan org...aku layan diri aku sendiri lah~!
Crapped by kraken @ 3:42 PM   0 comments
The Hero...

Name: kraken
Home: Malaysia
About Me: I don't need to tell u about me...I'm just a regular malaysian who loves to talk crap and filled with profanities. Vulgar words is my speciality...Enjoy with an open heart or you can go drop dead~
Profile: Don't expect much
Crap
Crap Archives
Short Cut
Junks

Droool.NET

Hire Me via PayPerPost Direct!

Vote for In Between Curse and Crap

Add to Technorati Favorites

Debrizio

Money?

Not really Powered by

BLOGGER

© 2007 Too Much Curse and Crap .Template by Isnaini Dot Com Altered By Kraken