The information contained in this website is for entertainment purposes only. The information is provided by the author make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will the author be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website you are able to link to other websites which are not under the control of the author. The author have no control over the nature, content and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, the author takes no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
Menggapai impian
Monday, February 08, 2010
Aku suka berangan2, jadi tak salah aku nak berangan. Aku tak susahkan orang lain mahupun menyusahkan telinga orang dengan mendengar angan2 atau impian aku. Aku ni slow sikit bab2 ilmiah. Aku tak suka mendengar, aku suka buat...tak reti takpe, belajar dari kesilapan. Impian aku cukup mudah, kerja makan gaji, tapi gaji nak besar. Itu je...org lain cakap buat lah bisnes...aku cakap, pegi lah buat, aku nak keja makan gaji.
Aku dan isteri memang banyak perancangan, sumer kami rancang tak sah kalau takde kos. Sumer pun kos. Dulu, aku fikir, ah dah abis sarjana muda, tamau belajar lagi...cukup2 la berperang dengan hal ilmiah ni. Tak kose lah konon. Sebaliknya isteri aku pula seorang yg gila hal ilmiah...dia nak sambung sehingga ke peringkat phd. Dalam hati aku pulak melawan, mana boleh jadi bini lagi tinggi tahap ilmiahnya daripada aku. Meluap2 kembali semangat untuk kembali ke medan ilmiah.
Minggu lepas, aku, isteri, dan seorang rakan pergi ke hari terbuka program sarjana di UM. Aku melihat2 program2 yang ditawarkan. Teruja pun ade. Aku idamkan program Pengurusan Projek. Setahu aku belum ade lagi Universiti Awam menawarkan program semacam itu. Dalam aku membelek "pamphlet", aku menoleh ke arah kawasan yg takde org pun kerumun booth tuh...aku pun buat muka hebat lalu melihat...EH!!!! ade program Sarjana Pengurusan Projek. WOW! hati aku riang. Aku pun bertanya bertalu2 sampai makcik kat booth tak leh jawab. Aib dimuka mereka selamat apabila seorang eksekutif fakulti tersebut datang dari ntah mana.
Aku pun melontarkan soalan2, di jawabnya dengan penuh konfiden. Akhir sekali, soalan terakhir aku...dia sendiri tak dapat jawab, dimintakan aku menelefon ketua program tersebut untuk kesahihan. Jadi aku telefonnya, aku tanya soalan yg aku nak tanya. Senang aje dia kata, "NO PROBLEM...apply aje. Itu semua belakang cerita, saya yg akan menyemak permohonan kamu."
Tersengih kepuasan aku sorang2. Jadi sah, aku ingin melanjut pelajaran aku ke tahap sarjana. Tapi ayah aku menyarakan aku amik MBA...aku fikir betul juga, MBA lebih di terima pakai dalam semua industri. Pengurusan Projek juga diterima di dalam semua industri. TAPI bezanya pada tahap manakah penggunaan "qualification" tersebut. Aku dalam dilema antara dua program...mana nak mohon. Ketika aku mendengar khutbah jumaat bertajuk "ilmu"...datang ilham. Ah! ape nak susah2 fikir...amik aje lah 2-2...kan senang, setel masalah. Aku akan mohon pengurusan projek...setelah tamat, aku akan mohon untuk MBA pulak...abis cerita...org cakap aku ni buang duit...bagi aku tak buang duit ah...ade 2 Sarjana tak salah. Takde pulak dalam mana2 hukum, undang2, kalau ade 2 sarjana merugikan.
Sedangkan dalam islam sendiri sarankan cari ilmu selagi mampu. Dah tua sikit, mungkin memperbaiki ilmu agama...haha, dasar nak masuk neraka nampaknya. Isteriku sendiri sudah buat keputusan untuk menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana - statistik. Ape dalam kepala bini aku, aku sendiri tak tau...sumer program dia cuba nak mohon, luar jangkauan aku sendiri...statistik lah, kejuruteraan kimia lah, kejuruteraan geologi lah...itu sumer aku tak reti.
Aku sendiri tak tahu kenapa gembira sangat nak sambung belajar. Mungkin sejak aku tamat pengajian sarjana muda secara "part-time", aku bosan agaknya takde benda nak buat selain main dengan anak aku dan menonton dvd. Harap2 permohonan ke peringkat sarjana aku diterima. Amin.
Name: kraken Home: Malaysia About Me: I don't need to tell u about me...I'm just a regular malaysian who loves to talk crap and filled with profanities. Vulgar words is my speciality...Enjoy with an open heart or you can go drop dead~ Profile: Don't expect much